|
|
09oct02 lahirnya myEDITIONv1
08jan03 melahirkan myEDITIONv2.0..
31dec03 lahirnya NEONv1
09oct06 ulangtahun keempat NEON
SPECIAL FOURTH ANNIVERSARY
the new activated NEON
coming soon!
Wednesday, January 03, 2007
Permulaan Baru
Hari ni, hari keempat kita di tahun baru masihi 2007 ni...SALAM TAHUN BARU aku ucapkan.
Sedar tak sedar, sudah lebih setahun, diulangi setahun, blog ni tidak ada sebarang entry yang aku poskan...aku pun tak tau kenapa? tapi sungguh, aku terasa masa sangat2 cepat berlalu. Aku sibuk dengan kehidupan aku sendiri. Bila aku sibuk dengan kehidupan aku sendiri, aku mungkin terlupa untuk mencoretkannya di sini.
Banyak perkara yang banyak berlaku dalam diri aku...sangat menarik bagi aku, sehingga tidak akan dapat aku bercerita di sini. Tapi akan aku selitkan dari semasa ke semasa.
Aku ingin sangat melihat blog ini kembali aktif..nantikan
Wednesday, December 07, 2005
| | | | |
| :: | | | 12/07/2005 09:57:00 AM |
| | | | | |
Sambung Cerita Aku benar ingin menyambung cerita hari-hari akhir aku di Asasi dulu yang belum habis semuanya. Mungkin dalam masa terdekat akan dipublish dlm entries yang mendatang. Sebenarnya juga aku agak keberatan untuk menyambung cerita setelah sedar beberapa kawan Asasi sendiri telah sedar tentang wujudnya weblog aku ini. Segan juga aku setelah orang yang aku jumpa setiap hari di fakulti tahu banyak cerita yang sukar aku ceritakan secara bersemuka...
Namun, aku bertekad untuk menyambung semula catatan itu...insyaAllah
Aku baru pulang dari Kuala Lumpur setelah 2 minggu berada di tempat belajarku menguruskan satu program di sana. Kini aku punya banyak masa sebelum semester baru dibuka...
Tuesday, November 22, 2005
| | | | |
| :: | | | 11/22/2005 12:19:00 AM |
| | | | | |
Mimpi yang Sempurna
aku bukanlah peminat sebenar peterpan. Kerana itulah lagu-lagu mereka bukanlah menjadi ingatan dalam kepala ini. Tapi bila mendengar lagu Mimpi yang Sempurna di sebuah telemovie cerekarama di TV3 pada aidilfitri yang lepas, aku sudah tangkap cinta dengan lagu ini. Terutama sekali bait-bait liriknya, yang cukup memberi makna kepada hidup aku sendiri.
ok, berbalik kepada hidup aku hari ini. Sudah lama tidak menjengah ke sini. Masa dan ketiadaan mood menyebabkan blog ini sebegitu lama terbengkalai. Aku sebenarnya sudah hampir sebulan bercuti, tapi baru sekarang menulis di sini.
khamis atau jumaat aku ke kuala lumpur sekali lagi. ada urusan yang perlu dibereskan di sana....
Friday, September 30, 2005
Kampung
Ya, aku berada di kampung atau lebih tepat lagi di rumahku sekarang. Melayari internet di rumah adalah satu perkara yang pasti akan aku lakukan bilamana berada di sini. Seperti biasa sejak awal pagi lagi aku akan menghadap komputer, membuat kerja yang sepatutnya atau mungkin tidak sepatutnya juga.
Aku naik bas dari hentian putra semalam. Kali ini tidak berteman seperti yang aku lakukan dulu, hanya berjalan seorang. Sempat singgah sebentar di The Mall yang tak jauh dari hentian putra itu. Hajat untuk makan. Yang penting makan di food court kat situ mahal dan tak sedap!!
Menarik lagi apabila di depan mata dapat melihat aksi seorang peragut beg merampas beg daripada seorg warga asing yang berkulit putih. Aku agak seorang pelancong. Jeritan "stop it" kepada manusia sekeliling tak dapat mengejar kepantasan peragut yang sudah dinanti rakan dengan motosikal di tepi jalan. Lantas terfikir di benak fikiranku, malunya aku sebagai rakyat malaysia kepada pelancong itu. Jelas imej negara kita tercalar dengan peristiwa itu.
Oh ya, aku pulang hanya kerana ingin tenangkan sedikit fikiran ini. Tempat belajarku penuh dengan pelbagai ragam dan kerenah yang kadangkala sangat menjengkelkan. Tidak dapat tidak, aku terus terpaksa menghadapi ini semua.
Tanggungjawab besar menanti, peperiksaan akhir akan tiba. Doakan kejayaan bersama ok...
Sunday, September 25, 2005
Internet Mudah Aku sekarang sudah boleh menggunakan komputer dan internet secara percuma dengan sangat mudah. Hanya perlu menapak beberapa langkah, aku boleh menggunakan komputer ini selama 4 jam setiap hari. Sesungguhnya ini harta kerajaan yang telah diamanahkan oleh pihak kolej untuk aku menguruskannya. Aku sebagai ketua unit ini diberi kuasa menjaga 10 biji komputer bersama dengan beberapa orang anak buah. Unit kami yang mempunyai 10 orang ahli berhak menggunakan komputer tanpa sebarang bayaran. Pelajar yang lain dikenakan bayaran yang sangat minima, insyaAllah.
Hidup semakin sibuk hari demi hari. Ada banyak perkara luar akademik yang perlu aku libatkan diri secara sukarela atau paksarela. Nasib baik aku tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pilihanraya kampus yang rancak sekarang ini. Ini semua tidak penting, yang amat penting ialah hal-hal akademik yang menentukan masa depan aku. Final exam aku bermula 15/10/05. Sangat tidak berapa lama lagi...
Esok aku akan ke bandaraya. Mula-mula akan naik ke bangunan berkembar tertinggi di dunia itu. Ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan esok. Seterusnya hal mencari penajaan untuk satu majlis di bangunan yang sama. Tak selesai dengan itu, aku akan ke Petaling Jaya untuk satu sesi temuramah dengan satu NGO. Agak padat untuk tempoh setengah hari bukan...
Hubungan dengan kawan-kawan berjalan sangat baik. Tapi ada juga satu dua masalah atau salah faham yang belum diselesaikan. Janji aku, ini semua dapat diselesaikan secepat yang mungkin. Takut menjadi barah pula dalam persahabatan yang murni ini...
Sunday, September 18, 2005
Persahabatan
Bukan aku tidak mahu menulis, tapi sesungguhnya masa ini sangat mencemburui aku. Hampir tidak sempat aku ingin buat banyak benda yang aku sepatutnya buat. Contoh paling mudah, buat perkara yang pensyarah suruh. Ada satu kali aku ditegur pensyarah di kelas tutorial kerana tidak membaca kes!! tapi ada hikmahnya kerana aku sekarang lebih rajin untuk buat perkara berkenaan.
Hidup aku sebenarnya sangat lain di sini. Yang paling aku rasai mestilah kehilangan seorang teman yang dulunya selalu bersama. Kami di jalan yang berasingan walaupun sebenarnya tujuannya sama. Aku di sini dan dia di sana. Maka tiada lagi belajar bersama, makan bersama atau sekadar berjalan bersama. Yang tinggal hanyalah kenangan, yang hanya mampu diigati.
Bukan mudah untuk aku hidup tanpa itu semua. Awalnya aku berusaha keras untuk menyesuaikan diri. Berkat kesabaran, Alahmdulillah seperti ada cahaya di hujung terowong. Ada semangat baru di sini, yang baru hendak dicipta.
Aku masih bertemu sahabatku di sana, baru beberapa hari yang lepas. Banyak yang diceritakan pada masa singkat oleh kami berdua. Kami masih seperti biasa, tiada bezanya walaupun berada di dunia yang berbeza. Kepala kami masih sama, dan paling penting kami saling memahami. Dia bagi beberapa jalan yang aku tak pernah terfikir sebelum ini. InsyaAllah, jalan-jalan itu akan aku usahakan. Hasilnya akan kulihat nanti.
Tugas aku di sini ialah terus membina persahabatan. Aku harap apa yang aku inginkan akan berada dalam genggaman walaupun sebenarnya terasa seperti hendak terlepas sedikit seminggu yang lepas. Tapi percayalah, aku akan terus berusaha sehinggalah yang diimpikan itu menjadi kenyataan.
Thursday, September 08, 2005
Salam Penantian
Lama benar aku tidak menulis...percayalah, ini kerana beberapa faktor yang sepatutnya dan sepatutnya berlaku. Lagi pula aku sememangnya tersangat sibuk pada waktu ini...
Sekali lagi aku berjanji untuk menyambung penulisan di sini dalam masa terdekat. Catatan semasa di Asasi insyaAllah akan aku teruskan lagi dan disambung pula dengan kehidupan baru aku di sini... Begitu banyak cerita menarik yang ingin dikongsikan.
Friday, May 27, 2005
Sabtu terakhir
Pagi 02/04/05, tidur aku dikejutkan dengan bunyi handphone. Yang pasti, handphone tu bkn handphone aku kerana ringtonenya bkn ringtone yg aku guna walaupun bunyi tu amat dekat dgn aku. Aku biarkan bunyi tu sehinggalah ada org yg menjawab telefon tu. Aku sambung tidur aku tapi isi perbualan dalam telefon tu dpt aku tangkap jugak. Amir ckp dgn ayah dia pasal coat, ambil barang dan bila dia nak balik. Itu antaranya yang aku dpt tangkap sehingga aku tertidur dgn sendirinya.
Sedar dari tidur, Amir dah takde sebelah aku atas lantai tu. Maybe pak sedara dia dah dtg ambil dia. Masa aku bangun tu dah pukul 1100 lebih. Orang lain dlm bilik tu semua belum bangun lagi except Izwan. Sembang2 dgn dia sekejab pastu terus mandi. Aku nak selesaikan pasal pakaian aku untuk dinner tu ptg ni. Walaupun aku dah dpt pinjam coat, tapi aku belum ada seluar yg sesuai untuk coat tu. Plan aku hari tu nak sewa jer baju untuk dinner tu kat satu tempat yg dh direkemen oleh classmate pompuan aku. Kedai tu kat Desa Sri Hartamas. Katanya kedai tu dekat dgn Spicy. Aku dah ajak Syakil untuk temani aku petang tu. Tapi dia belum bangun lagi, memaksa aku gerakkan dia.
Hanya pada jam 1300 dia siap dgn pakaian. Safuan plak sama2 nak ikut aku. Aku no hal, lagi ramai lagi bagus. Kitorg gunakan kenderaan yang biasa kitorg naik untuk ke Kuala Lumpur dan turun di KL Sentral. Plannya pastu kitorg nak naik cab ke hartamas. Kat situ Safuan nak separate, dia nak gi Bukit Bintang. Dia mmg minat tgk handphone or computer kat sana. Dan dia tak kisah kalo berjalan sorang diri. Tu bkn pertama kali dia berjalan sorg diri coz before this dia penah beli laptop kat KL sorang diri.
Aku dan Syakil ambil cab dekat depan stesen monorel tu. Dapat driver uncle cina yang banyak cakap hari ni. Dia pon pandai mencarut, dok marah kat driver taxi India. Aku seperti biasa buat layan2. Kitorg sampai kat hartamas dan cari kedai yang dimaksudkan. Jangankan kata kedai, signboard kedai tu pon kitorg tak nampak. Aku try call no kedai tu, takde org angkat. Aku call kwn aku tu, pon takde org angkat. Try byk kali pon tak dapat. Oleh kerana waktu tu kitorg pon mmg tgh lapar sgt, kitorg makan di restoran yg dah penah kitorg pegi aritu. Bkn takde restoran lain, tapi nampak mcm tak menarik jer restoran lain siang2 arini. Makan nasi beriani lg petang tu. Pada masa yg sama aku masih berfikir pasal kedai sewa baju tu.
Lepas makan still try cari dan call. Akhirnya handphone kwn aku tu diangkat. Tapi cousin dia yg angkat. Tapi aku tau yg kwn aku tu penah citer cousin dia tau kedai tu kat mana. So, aku mintaklah direction ngan dia. Dan alhamdulillah akhirnya kitorg jumpa kedai tu, tapi problemnya kedai tu dah tutup plak.Patutla susah nak jumpa. Kedai tu kat tingkat atas sebuah rumah kedai ni. Nak buat camner? Kitorg tinggalkan jer hartamas. So kitorg buang masa kat hartamas hanya untuk makan.
Ambil cab sekali lagi untuk ke KL Sentral. Tapi oleh kerana dirasakan masih awal lagi, kitorg setuju untuk ke Subang Jaya dulu. Masa tu baru pukul 1600 lebih. Bila sampai di Subang Jaya, berjalan kaki dr stesen komuter ke Subang Parade. Aku pun first time pergi tempat tu dan dah agak takdelah menarik sgt. Tapi ada jugak outlet yg hebat2…tapi kitorg sekadar jalan-jalan kat situ. Langsung tak beli apa2 dan tinggalkan tempat tu untuk ke Sunway Pyramid plak. Oh ya, tujuan aku untuk ke shopping complex ni semua sebenarnya nak cari seluar yg sesuai untuk coat tu.
Dr Subang Parade kitorg amik cab lagi untuk ke Pyramid. Tak jauh sgt sebenarnya dua2 ni, tapi still kena naik kenderaan gak. Ha, ni jugak first time aku ke sini. Kagum jugak dgn architecture tempat ni. Tapi bahagian dalam biasa jer la. Masuk tempat tu pon takde pe2 yang berkenan. Tapi aku beli jugak sepasang stokin bum kat situ. Masa tu jugak Safuan sibuk call tanya nak balik sama2 or tak. Jawapannya takla kot coz kitorg lama lagi kat situ. Jam pon dah pukul 1900, dekat2 maghrib dah. Aku cadang makan dulu kat chicken rice shop. Aku makan nasi ayam dan Syakil makan mee apa ntah. Nasi ayam tu? Not bad…bley la dtg makan lagi.
Masa tu jugak parent syakil dlm perjalanan nak balik dr Seremban. Dia dh dkt dgn pyramid tu dah ajak kitorg balik dgn diorg jer. Aku terima jer, tak kisah. So, kitorg tunggu kat luar sampai parent syakil dtg. Dlm kete aku pelik, kenapa diorg guna jalan nak ke KL. Bkn diorg nak balik ke Shah Alam ker…aku dah naik comfius ni tapi still diamkan diri. Tiba2, Syakil tanya kat mak dia…
Eh, mama nak balik KL ker…igtkan nak balik Shah Alam.. Aah la..
Ler, nak balik ke rumah diorg kat Ampang rupanya. Aku dah cemas dah. Barang2 aku belum packing lagi sedangkan family aku nak dtg pagi esok. Aku ambil handphone untuk berinteraksi dgn Syakil, type sms dan passkan handphone kat Syakil
Kil, aku kena balik malam ni la.. satu barang pon aku belum packing lagi. My parent nak dtg pagi2 esok. Bleh ko mintak parent ko dropkan aku kat mana2 stesen komuter or lrt. Aku nak gi kat hotel my parent..
Bila dia baca msg tu, dia terus cakap kat mak dia plak…
Mama, bleh dropkan hafiz kat stesen lrt or komuter tak… Pesal Dia nak gi kat hotel mak dia Mak hafiz kat mana? Dynasty hotel Kita antar terus kat dynasty la..
Aku tak suruh diorg antar kat hotel tu, tapi diorg still antar terus gak. Takpelah, lagi senang keje aku. Rasa bersalah mcm susahkan diorg tu ada, tapi org dah nak tolong. Dlm on da way gak, Amir call aku… suruh check harga battery handphone dia dan beli satu barang dia…aku ok jer, nanti aku belikan. Parent Syakil betul2 dropkan aku depan hotel dynasty.
Sampai kat lobby, terus call kakak aku yg mmg ada dlm bilik diorg sekali. Tanya no bilik. Kat lobi tu plak bising semacam jer, maybe ada majlis coz ramai org. Malas ar aku amik tau, terus ke lif naik ke tingkat 23. Masuk bilik, bermesra dengan family especially adik aku yg kecik tu. Aku cadangkan kat abah aku suruh ambil barang malam tu terus, bleh antar aku kat UiTM sekali. Dia takde hal coz lagi senang aku ada sekali, bleh bagi direction jalan. Esok pagi bleh diorg balik terus, tak payah pegi Shah Alam lagi. Aku just sempat solat sekejab dlm bilik tu pastu kitorg terus gerak. Pintu pagar UiTM tutup pukul 2300, so kenala cepat sket. Time tu dah 2100, dah la makan pun belum lg.
Alhamdulillah, kali ni perjalanan ke Shah Alam tak sesat lagi mcm dulu. Aku dah tau serba sket jln kat Klang Valley ni. Alah, lagipon mana penah family aku dtg kat tempat aku study tu except masa registration and hari nak amik barang ni lah. Yelah, abah aku bz selalu dgn keje dia. Aku siap bawak diorg lalu NPE lagi, padahal federal tak jem pon time tu. Saja, nak bwk diorg berjalan. Tapi akhirnya kena masuk federal gak..Yang tak bestnya tol lah, coz byk kali kena bayar sket. Kitorg org trg ni mana ada tol2 ni kecuali kat atas jambatan dulu. Kitorg keluar federal ikut seksyen 10 tu, terus ke pusat bandaraya dan berhenti makan kat gerai2 seksyen 2 tu. Nak ajak pegi restoran lain takut susah plak, dah ar dah lewat ni.
Aku sebenarnya tak nak makan, tapi Abah aku suruh order jugak, so orderlah aku. Akhirnya nasi paprik tu aku makan kurang lebih 3 suap je. Pastu dah give up, kenyang la. Untuk mengelakkan pembaziran, nasi tu dibungkus jer. Banyak giler yang lebih. Lepas makan pegi kat kedai2 kat seksyen tu plak. Aku nak beli barang yang Amir pesan tadi. Family aku pon ada beli barang jugak. Battery Amir mmg tak sempat nak check harganya dah. Pastu terus masuk ke dlm UiTM.
Abah aku bekas student ITM dulu, so dia bley tengoklah perbezaan UiTM ni. Memang byk bezanya, termasuk jalan2 dlm UiTM tu. Alhamdulillah, sampai jugak kitorg kat kolej perindu. Aku terus ke bilik, tanpa buang masa. Baju dan barang2 aku belum satu pon dipacking lagi. Masuk bilik time tu ada Afiq, Wan dan Najib. Dia pelik tgk aku keluarkan beg pastu kemaskan baju dan barang aku ni..
Ko nak ke mana ni... Tak gi mana2 la.. Dah dgn beg2 ni... Nak antar barangla Sape dtg amik? Mak ayah aku la So mak ayah ko kat bawah tu la? Yela
Bermulalah sesi mengintai dr tingkap bilik. Semua ahli2 bilik mula tgk family aku kat bawah. Pastu sebarkan plak kat bilik sebelah. Hasilnya, ada yg nak ikut aku antar barang tu kat bawah walaupun ditegah oleh aku...Mukhlis yang mula2 kuarkan pendapat coz dia penah ke rumah aku..
Eh, aku nak jumpa mak ayah ko.. Ha, jumpala..ko dh penah dtg umah aku kan... Ha, aku nak ikut.. Aku pon...
Akhirnya Afiq dan Farol yg juga penah ke Trg pon nak ikut antar barang sekali. Yang peliknya, Amir pon nak ikut sekali sedangkan dia tak penah pon jumpa family aku kat Trg...
Aku ikut sekali Pe plak...takyah ar Mir.. Ah tak kira, aku nak ikut gak...
Aku takde kuasa nak menghalang. Akhirnya empat org sekaligus ikut aku turun angkat barang padahal barangnya sket sangat. Sebahagian barang lagi aku antar esok dan bawak balik sendiri. Amir sampai hanya pegang hanger, nak menunjukkan yg dia pon angkat barang sekali. Sampai kat kereta mereka pon bersembang dgn Abah dan Mak aku...semuanya abah aku igt yg diorg ni penah dtg ke Trg kecuali Amir...tp bila Amir bgtau yg ayah dia asal kemaman, abah aku tau plak namanya. Aku penah citer pasal Amir kat family aku. Yg pelik, nama org lain abah aku tak ingat kecuali Amir... ha, tu menunjukkan Amir tu mmg best friend aku..
Bila barang dah siap dimasukkan dlm kereta, tiba masa untuk family aku beredar. Camne diorg cari jalan balik tu aku tak taula..yang penting diorg selamat. Masa tu dah pukul 2300 lebih pon. Aku terus ke bilik menjalankan aktiviti seperti biasa. Yang pasti, kitorg tidur lewat mcm biasa...topik perbincangan malam tu, mestilah pasal saat2 perpisahan kitorg esok...
Thursday, May 19, 2005
Menjelang Dinner
Pagi 03/04/05, aku bangun awal. Dah set alarm pukul 0630 lagi. Tapi aku bangun betul2 jam 0715. Bangun pada jam 0715 ni boleh kira awal untuk hari cuti camni. Lagi pun kwn2 yg lain semuanya belum bangun tidur lagi. Bilik aku dan bilik sebelah, semuanya masih berdengkur. Aku yang tidur di atas lantai asyik melihat jam handphone aku yang dah berkali-kali berbunyi tu. Kat lantai tu aku nampak Amir kat sebelah, Syakil dan Afiq. Kitorg berempat mmg biasa tidur atas lantai. Rasa berat sangat untuk bangun pagi tu, tapi demi kerana benda yg penting untuk dinner tu aku gagahkan diri jugak.
Aku bangun awal waktu tu hanya untuk mengambil kamera daripada family aku yang berada di Dynasty Hotel. Semalam aku dah jumpa diorang yg dah dtg ke Shah Alam, tapi diorg lupa nak amik kamera yang ada dlm bilik hotel plak. Mmg kamera tu amat aku perlukan oleh untuk dinner tu.
Setelah urus diri semuanya, aku tinggalkan hostel. Waktu aku pergi tu jam 0745, belum ada sorg pun yg bangun lagi. Nak kejutkan kesian plak coz masing2 tido lambat malam td. Aku dari kolej terus ke bus stop menantikan bus uitm untuk ke section 2. Tunggu bus pon alhamdulillah tak lama sangat. Dalam bus pon tak berapa ramai org coz ni weekend lagi plak awal lagi. Dari section 2 mcm biasa ambik taxi ke section19, stesen komuter shah alam. Hari ni naik komuter plak aku. Sampai di stesen dah ada komuter, so terus naik jer la.. Komuter terpaksa delay sekejab coz ada pembaikan landasan antara stesen shah alam dan batu tiga.
Dalam komuter pon tak ramai org sgt. Aku sempatlah melelapkan mata seketika dan hanya buka mata balik bila komuter sampai di KL Sentral. Kat situ walaupun tutup2 mata jugak, tapi aku berjaga coz kat stesen putra aku kena turun. Berjalan sket dgn beg kecil dan tunggu taxi depan The Mall. Tak lama jugak tunggu dan dpt satu taxi yang mana drivernya india. Baik jer uncle tu, byk citernya dan dia antar aku kat mana lagi kalo bukan Dynasty Hotel.
Sampai di hotel, terus jer ke bilik family aku. Tinggi la plak, tingkat 23. Jenuh aku tunggu dalam lif tu, dah la sorang2. Aku tak ambil masa yang lama kat hotel tu coz dah janji dengan Amir nak potong rambut dengan beli tiket sekali pagi tu jugak. Dalam bilik, cakap2 dgn family kejab, ambil kamera pastu terus tinggalkan hotel. Ada dua kamera, satu kamera manual dan satu lagi digital. Aku gunakan dua2 insyaAllah..Sekali lagi naik taxi. Ramah jer driver melayu sorang ni. Tapi sayang, tak jujur. Mentang-mentanglah aku bawak beg time tu, dia igt aku tak tau pasal KL ni. Dia bawak pusing jln jauh. Padahal komuter putra ngan dynasty tu bape jauh ler sgt.Aku kena RM5, satu jumlah yg jauh berbeza dgn jumlah time aku ke dynasty tadi.
Time kat komuter putra tu ada dua org cina gaduh. Siap lebam ngan darah2 ar. Sampai petugas ktm dtg ar leraikan diorg. Bila diorg blah, aku rasa diorg sambung lagi kot. Malas aku nak ambik kisah, apa ar gaduh2 ni. Dalam komuter, aku layan sms. Waktu tu dah 1000 lebih. Aku janji ngan Amir time tu nak beli tiket bus ngan potong rambut. Tapi time tu dah pukul 1000 dan aku masih dalam bus. Kitorg terpaksa batalkan niat kitorg tu dan biarkan aku sorg je la yg belikan tiket. Amir terikat dgn Farol yg nak ke PJ Hilton pukul 1200 tu. Diorg kena gi awal ke situ coz diorg buat performance malam tu..
Bila dah sampai kat stesen komuter shah alam, sekali lagi terpaksa ambil taxi. Terus ke section 17, terminal bus untuk beli tiket. Hajatnya nak tiket Kuantan jam 0900 pagi esok bus transnasional tapi tak dapat coz time tu kaunter transnasional takde orang, break ar tu. Aku gi Sutera, akhirnya dpt tiket bus pada waktu yang sama...
Sekali lagi ambil taxi untuk ke Section 2 plak. Kita tak bleh naik taxi untuk masuk UiTM terus kecuali taxi kenari shah alam. Sampai di section 2, aku singgah kejab kat seven eleven. Beli sket makanan ngan milo kotak. Belum breakfast lagi sampailah waktu tu. Dalam bus sambil baca paper tunggu bus UiTM tu bergerak. Tak ramai orang hari tu walaupun bus ada 2 3 buah jugak. Terpaksalah aku tunggu dlm bus tu walaupun serius aku boring. Sempat jugak amik gambar dengan kamera handphone area section 2 yang dulu jadi tempat persinggahan aku setiap kali nak keluar masuk UiTM.
Bus bergerak dan jam dah hampir 1200.Aku tak rasa akan jumpa Amir kat hostel before kitorg gi dinner. Tapi pelik bila aku sampai hotel, ada plak kete kancil Farol. Aih, sempat plak aku jumpa diorg ni before diorg pergi. Bila kat koridor, terserempak dgn Izwan...
Ha Hafiz, baru sampai...Amir dari tadi tunggu ko Tunggu aku? Ha ah, tunggu ko nak potong rambut... Ooo... dia tak pegi lagi? Ballroom bukak pukul 3 la.. Ooo patutlah..
Aku terus masuk ke bilik. Amir tengah tidur. Apa lagi aku terpaksalah bangunkan dia..
Amir, amir bangun.. Aahh...jom Potong rambut? Aah, kita naik kete Farol ar La, pe plak... Dia ckp dia nak ikut.., safuan ikut sekali Takpela kalo camtu.. La, ko kena ikut gak... Tak, takpe ar...camni, ko pegi ngan dia. Ko pon nak gi Hilton awal nanti kan... aku tak potong rambut pon takpe...
Dia diam... mcm tak setuju. Tapi bila dah aku berkeras, dia pergi jugak dengan Farol. Biarlah aku tak naik kete Farol setelah apa yang terjadi. Aku ngan Amir actually ada problem ngan Farol ni, tapi Amir terpaksa jugak buat baik ngan dia coz dalam performance tu Farol ketua dia. Apa-apa yang tak baik nanti performance tu yg problem plak. So takde jalan lain selain baik ngan dia.. Mulanya jugak Safuan nak ikut sama, tapi tak jadi. Aku tak tau nape, tapi dia tak jadi pegi lepas tau aku tak pegi...
Bila diorg keluar berdua tu aku hanya sembang2 dgn kwn2 yg lain. Mcm biasa jugak, discuss dgn Mukhlis pasal kete sewa tu. Aku dah dpt actually, tapi bleh amik lewat sket. Pukul 1830 baru bleh amik kete tu. Aku agak risau pasal kitorg kena tiba awal kat hotel. Amir dan Farol sampai tak lama lepas tu. Kiranya kejab sangatlah diorg keluar tu tapi yang pasti rambut Amir dan dipotong. Diorg pukul 1400 akan tinggalkan hostel untuk ke PJ Hilton.
Lepas diorg pegi aku baring2... nak buat apa sebab lambat lagi bleh amik kete. Tapi aku dikejutkan dgn cadangan Anisah untuk amik kete sewa lain coz lambat sangat dan kalo bleh nak Iswara. Dia bagi byk no kete2 sewa. Aku try semua dan dptkan yg paling cepat dpt. Tapi Iswara mmg dah tak dpt last2 minutes ni..
Waktu tu dah 1530. Aku plak tak beli lagi seluar yang sesuai dgn coat aku tu. Aku dpt coat yang dipinjamkan oleh cousin aku. Color kalo hitam, senanglah... tapi colour lain. So terpaksalah cari seluar yang sesuai. Aku ajak Mukhlis untuk ke Plaza Alam Sentral, beli seluar dan keperluan lain. Dah dkt pukul 1600, tapi bus UiTM tak dtg2. Kitorg terpaksa telefon Shahrul dan Ihsan yang ada kete Iswara skrg kat hostel untuk tolong hantar kitorg kat Kompleks PKNS. Dari situ aku dan Mukhlis berjalan kaki ke Alam Sentral, alah bukan jauh pon.
First thing benda yg aku cari, of course lah seluar. Susah gak nak cari. Kalo coat tu hitam lain lah plak citernya. Tu yg terpaksa betul2 cari seluar yang matching. Mukhlis plak cari tie yang sesuai untuk dia punya shirt. Sambil tu jugak, kitorg tunggu kete sewa tu kat situ. Dah janji awal tadi jam 1700 amik kete kat situ. Dah dpt seluar, tapi nak potong jugak sket. Oleh kerana agak lama tunggu, kitorg tinggalkan seluar tu sekejab dan beli benda lain. Aku nak beli filem, bkn untuk aku jer...untuk org lain yg pesan jugak. Nak beli memory card lagi besar plak dah tak cukup duit..
Dekat2 pukul 1700 abg kete sewa tu sampai kat Alam Sentral. Cepat-cepat tinggalkan Alam Sentral dan terus pegi kat abg tu. Time tu plak hari hujan. Kitorg terpaksa hantar abg tu dulu kat rumah dia. La, dah la jauh... batu tiga... tapi terpaksalah. Dlm kete tu aku cuba ingatkan jalan, bkn senang jugaklah.. Hujan plak turun mencurah-curah. Sampai kat rumah dia kena bayat deposit dan isi beberapa borang. Tukar kereta lain, coz kitorg sewa kete yg lain. Kancil yang agak buruk jugak, tapi oklah...tapi yg penting lampu kat meter takde dan gear tak berapa best..
Dlm kete masa nak mulakan perjalanan, aku dan Mukhlis start mengomen abg tadi. Nak kuar area tu pon satu hal. Aku sampai termasuk ke Federal Highway menghala ke KL. Tapi nasib baik dpt kuar balik kat Subang Jaya, ikut jalan Glenmarie tu. Aku taulah jugak pasal jalan tu coz penah amik motor kat situ. Sampai kat UiTM pon dah pukul 1815, teramat lewat coz orang lain dah pegi.
Semua asasians boys kat hostel dah pegi kecuali Ery yg dah siap bercoat dan ber’bow’ tunggu classmate dia amik. Aku dalam keadaan yg tergesa-gesa tu terus ke bilik air untuk mandi ngan Mukhlis. Aku mandi bilik sebelah-menyebelah, baru sedar jugak aku lupa bawak sabun. Pe lagi, pinjam sabun Mukhlis yang mmg dah kecik tu... nak buat camner, emergency...
Mmg kitorg teramat tergesa-gesa, solat dan pakai baju... Aku yg plan nak iron baju terpaksa batalkan hasrat. Dahlah bdk2 pompuan tu dah berkali-kali call n sms. Nasib baik baju tu takde kena gosok sangat. Seluar yang baru beli tadi pon aku nampak ok. Kasut time2 tu gakla aku nak kiwi, tak sempurna sgtlah. Siap-siap tu semua dlm masa 30 minit jer. Maknanya, jam 1845 baru nak amik bdk2 pompuan tu.
Bila sampai kat hostel diorg, kena plak tunggu diorg turun dr hostel. Ingatkan dah siap tunggu lah kat luar tu. Tapi nasib baik tak lama. Diorg turun dgn pakaian yang aku tak tau nak panggil apa. Anisah dgn baju mcm cheongsam tapi ada seluar, Deidra plak dgn kebaya moden kot...
Biasa, diorg start membebel dlm kete. Tapi rasanya jam 1900 untuk ke majlis yg hanya bermula jam 2000, aku rasa dah kira ok. Hujan still turun tapi renyai-renyai jer. Kena isi minyak plak kat Caltex section 2, diorg turun gi kedai beli barang2 yg diorg perlu. Mukhlis tadi ajak beli mkn kat McD, tapi oleh kerana masa batalkan hasrat dia tu. Kitorg tak mkn apa2 sejak pagi tadi.
Aku drive kete dgn agak berhati-hati, coz bwk anak org dan jalan licin. Jalan nasib baik aku dah biasa dan PJ Hilton tu plak kat tepi Federal Highway. Jalan pon tak jem sangat, so takyahlah nak tekan brake selalu. Dalam kete Mukhlis tanya opinion kitorg pasal mana tie yg sesuai dgn baju dia. Dia dah bwk dua ties yg dia rasa sesuai dgn baju dia malam tu. Alhamdulillah kitorg sampai kurang lebih jam 1915. Turunkan pompuan tu kat lobi dulu coz hari hujan. Aku plak sibuk melihat keadaan sekeliling...
Wei mukhlis, tgk tu.. Yer, aku tgk ni... Bkn main diorg... Aku tau.. Tak sangka plak aku diorg camtu..
Kitorg melihat kwn2 kitorg yg biasanya tak pandai bergaya dulu dah pandai bergaya mlm tu. Haha, ckp orang padahal kitorg berdua ni pon sama. Aku mencari-cari tempat parking yang sesuai sampai dua tiga kali pusing area tu. Tapi akhirnya aku park bawah jejambat federal highway tu. At least kat situ bleh la berteduh sket. Turun kete sempat jugak betulkan pakaian kitorg. Mukhlis sambung keje dia betulkan tie, dari dlm kete tadi lagi.. Bila dah siap terus berlari-lari anak ke lobi. Inilah tempat dan tujuan kitorg malam tu sebenarnya...
Monday, May 09, 2005
Graduation Dinner

Sebenarnya final exam aku dah abis masa 29/03/05 lagi. Tapi disebabkan oleh graduation dinner aku hanya akan berlangsung pada 03/04/05, aku terpaksa berada di Shah Alam 5 hari lagi walaupun final dah abis. Dinner ni diadakan adalah sebagai tanda aku berjaya menamatkan pengajian aku kat asasi law selama kurang lebih setahun ni dan juga sebagai tanda perpisahan rasmi kitorg semua.
Time aku sampai dah kurang lebih jam 1930. Tempat dinner diadakan, Hiton PJ waktu aku sampai tu dah sibuk dgn orang ramai. Of course kebanyakannya Asasians jugak yang aku kenal. Masing2 segak dan cantik dgn pakaian masing2. Most of the boys pakai coat n girls plak kebaya. Mmg terkejut jugaklah mlm tu sebab ada yg selama ni tak bergaya langsung, bukan main bergaya lagi malam tu. Dekat lobby maghrib tu seingat aku ada Aish, Haziful, Wan Hafizudin, Man dan ramai lagi girls lain. Aku yang pergi dgn Mukhlis time tu cepat2 naik ke ballroom. Anisah dan Deidra yg bersama kitorg tadi dah didropkan awal lagi. Kalau berjalan dgn Mukhlis ni mmg sure kena cepat2 coz dia mmg tak suka buat keje tangguh2 or lambat. Nak cari ballroom tu bukan senang jugak, salah naik tangga jugaklah kitorg ni. Kitorg punya dinner malam tu kat Perdana Ballroom.
Akhirnya jumpa jugak kitorg dgn ballroom tu. Time tu dah ramai Asasians berkumpul kat depan pintu ballroom tu. First person aku jumpa Amir. Dia dah dtg terlebih awal dgn Farol coz dia ada buat performance mlm tu.
Amboi...amboi...bukan main ko... Ler, ko tu apa kurangnya...
Masing2 refer kat pakaian masing2. Kitorg mmg pakai coat mlm tu, dah lama bincang pasal attire mlm ni dan ni lah hasilnya. Tanya jugak kat Amir tentang problem dia ptg tadi, tapi semuanya dah settle katanya. Aku sempat mengintai ke dlm ballroom. Mmg agak sesuai untuk dinner for more than 200 peoples and 22 tables. Mukhlis plak time tu ajak aku gi solat.Yelah, maghrib dah lama masuk. Yang lain kebanyakan dah solat, so kitorg pegi berdua je lah berdasarkan direction ke surau yg dah diberikan oleh Ihsan. Aku yg pegang dua camera n film tu terpaksa passkan barang tu kat Amir sambil suruh dia cop kerusi menghadap stage. Table kitorg yg dh diundi awal mmg dah kat depan sekali...
Carik surau dlm keadaan tergesa-gesa. Ulang kali aku kata rilex mukhlis rilex, tapi dia still nak cepat2 gak. Mmg dia amat menghargai masa, tak cam aku yang langsung tak hargai masa ni. Sampai kat surau, cam biasa terus amik wudhu’. Keadaan surau? Oklah untuk kegunaan orang ramai tapi tak sesuai dgn taraf hotel ni. Nak amik wudhu’ pon kena hati2 coz tak nak kena baju. Coat dah terlebih awal dibuka dulu, takkan nak amik wudhu’ dgn coat. Selesai solat baiki2 tie dan pakaian kitorg dulu. Bila lagi nak bergaya abis kan...
Eh hafiz, ok ker aku pakai tie ni Ok ar...pesal lak... Budak2 kata tak sesuai ngan baju aku ni Sape? Ihsan ngan kwn2 dia... Oklah...serius aku ckp...mata aku tgk ok jer Betul ni? Yer, bape kali aku nak ckp...simple sgt kalo ko tak pakai tie
Itulah Mukhlis, dari dlm kete tadi tak abis2 lagi pasal tie dia ni. Tapi biasalah, mlm tu dia kena baca doa. So kena la kemas2 kan...Habis bersiap depan cermin kat surau tu, ke mana lagi kitorg kalo tak ke ballroom balik. Orang makin ramai dan dah ada yang masuk ke ballroom. Time tu ada plak classmates pompuan aku yang nak amik gambar. Aina Syaima, Yani dan Ain. Masing2 lawa malam tu dengan kebaya. Yang pasti semuanya bermekap mlm tu, tak cam kat kelas..hehehe. Seriously byk pompuan yg aku dah tak kenal jadinya. Ada yg bertudung siap bukak tudung dgn sanggul tinggi. Ada jugak yg tinggi semcm coz pakai kasut tinggi. Ada jugak yg sexy giler mcm tu, cam mlm anugerah la plak...Aku dan Amir amik keputusan untuk masuk ke ballroom setelah rasa masanya sesuai. Time tu kurang lebih ja 2000. Sebelum tu aku dah amik invitation card dari Safuan coz kat situ ada no cabutan bertuah aku. Nombornya 0126,bertuah ker?.
Meja kitorg depan sekali sebelah kiri pentas. Amat dekat dgn projektor. Tapi kira okla coz depan kan... Meja ni ada aku, Amir, Afiq, Najib, Farol, Safuan, Izwan, Shazwan, Wan Hafizudin...erm, 9 org je la kot, bukan 10 yg sepatutnya. Pemilihan ahli2 meja ni dah dibuat sebelum final exam lagi. So, takde masalah sgt mlm dinner tu. Sedang duduk2 ni, adala jugak yg nak bergambar dan suruh tolong ambil gambar. Menjelang jam 2030, MC malam tu, Megat dan sorg lagi pompuan yang aku lupa nama dia. Ballroom hampir penuh tapi ada jugak yg keliru pasal meja. Kat meja jugak ada atu lembaran mengenai penerima anugerah2 malam tu dan menu malam tu.
VIP malam tu seingat aku Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Vice Cansellor of UiTM, Faculty of Law Dean, Wakil Parents, Asasi Law Coordinator and ada lagi sorang dua yang aku lupa. Mereka dtg biasalah, tak ikut tentatif program. Kitorg yg dalam ballroom ni punyala boring. Tapi alhamdulillah, mereka masuk ke ballroom hampir jam 2100. Apa lagi, majlis pon dimulakan lah yang bertemakan ‘le jardin de reves’. Majlis seperti majlis2 rasmi yg lain dimulakan dgn doa. Seperti yg dh aku bgtau tadi, Mukhlis yang bacakan.. Lepas tu ada slide show pasal kitorg diiringi dengan lagu Black Eyed Peas, Let Get Started. Yang bestnya, ada gambar aku berbalut masa accident motor aritu. Pe lagi, kwn2 aku gelak ar..
After that, upacara formal biasa kat majlis2. Apa lagi kalau bukan speeches. First speech by the Asasi student representative, Radhi. Actually dia ni wakil yg tak dilantik, tapi ntah camne tiba2 diangkat jadi wakil. Tapi oklah, kira dia ni ada gak concern pasal kitorg. Speech dia, agak gelabah. Maybe nervous kot coz tak biasa bagi speech, dah ar dlm english. Pastu plak speech by the dean. Namanya Prof Ramlah, ucapan yang pendek jer. Tak lama coz katanya dia sendiri tak prepare untuk berucap.
Ha, ucapan ni lah yang aku tunggu2 sgt. Tak lain tak bukan ucapan VC UiTM, Dato Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah. Maybe dah ada yang tau dia ni begitu tebal dengan semangat Melayunya. Dalam ucapan dia ni jugak disebut mengenai Melayu, seperti yang biasa kitorg dah dgr. Lastly ucapan Ketua Pengarah yang aku dah lupa namanya. Kalau korang nak tau, dia ni lah yg timbulkan idea wujudkan asasi ni. Hasilnya, wujudlah asasi first batch yg mana kitorg jadi perintisnya. Salah satu inti ucapan dia, dia puji cara kitorg berpakaian malam tu. Of courselah kena puji, dah dress codenya strictly formal, kena ikut la. Dia kata dia igt majlis biasa, tu yg pakai baju batik jer katanya. Tapi batik formal what??
About 2130, food baru diservedkan. Firstly dia bagi sup cina yang aku lupa namanya. First time makan sup camni. Air orange mmg dah ada dr awal dan ditambah sepjg masa. Afiq ckp kat aku masa sup tu dihidangkan...
Eh, sup pe ni... Aku pon tak tau...yg penting sup cina Pe yg dia letak ni Ntah ar, semcm je aku tgk... Kalo mukhlis ada ni, mesti dia tak lalu nak mkn... Bkn mukhlis jer, aku pon... Halal kan Of course la... yakin jer..
Sekali suap tu, kira oklah... yg aku tak sukanya coz ada udang. Aku ni mmg tak makan udang. Aku makan isi dia jer, tak makan supnya sgt. Tak lalu sgt ar. Tgh aku suap tu, MC umumkan pasal group A-B, class aku. Aku tak ambil kisah sgt coz dlm jadual belum lagi bg sijil. Amir pon dah start tanya2 pasal camne nak guna camera digital aku tu..tapi aku igt dia saje tanya. Tapi bila nama aku disebut, gelabah ar. Makan dlm mulut ada lagi, tapi terpaksa naik gak ar. Sambil berjalan, sambil aku butangkan coat. Agak tergesa-gesa tapi alhamdulillah, tak jadi pe2 kat atas pentas tu. Sempat cium tgn VC dan ucap thank you kat dia. Aku dpt sijil dan souvenir, replika keris. Waa, tak sangka lak aku kena jadi org first amik sijil. Turun bawah, Amir lak ckp gambar time aku amik sjil tadi tak jadi. Kecewa sgt, tapi nak buat camne. Dah takde rezeki. Dia pon bukan pandai guna kamera tu sgt. Tapi yg penting, orang lain amik sijil termasuk Amir aku amik gak...
Tibalah masanya untuk persembahan2 malam tu plak. First sekali ialah poem recital dan nyanyian lagu dari Farah, Ery dan Intan, semuanya Asasians jugak. Farah baca poem in english, best sgt dia baca poem tu. Pastu Ery ngan Intan baca sajak yang dalam cerita Ada Apa Dengan Cinta tu. Sajaknya best, so diorg pon best ar especially suara intan. Lepas tu tiba giliran Jalil, my classmate menyanyikan lagu Pelangi Petang Sudirman. Jalil penah menang satu karaoke contest. Actually lagu ni dia mmg tujukan untuk one of our lecturer, Cik Maheran. Aku mmg suka lagu ni, syahdu sgt...
Masa nak bersedih dah abis bila Zulfaiz naik nyanyikan lagu Mungkin Nanti by PeterPan plak. Lagu ni plak mmg tengah hot skrg ni, so mmg kena sgtlah kan...Faiz ni mmg semangat kalo bab nyanyi. Dia penah masuk audition Malaysian Idol. Malam tu dia soranglah yang rajin2 tukar baju untuk persembahan. Orang lain baju formal tu jer. Musical drama pon ada malam tu. Farol jadi directornya, script writer Balkis, Zuhair hero, Nadia Heroin dan Amir n Adwina singers. Drama ni pasal cinta Zuhair dan Nadia, ala cinta typical kat campus. Akhir drama ni Amir feat Adwina nyanyi lagu Jangan Pisahkan. Yang bestnya, suara Amir mmg best dan mendapat pujian ramai malam tu. Suara adwina pon kena jer ngan lagu tu. Time lagu tu mmg sedih, coz lagu tu mmg sedih. Masa diorg ni semua buat performance, aku plak sibuk ngan camera. Ada 3 camera yg aku kena pegang coz ada yg mintak tolong amikkan jugak.
Best students malam tu ada dua org. Nama awardnya Lord of Justice Award. Nizam or Montel dpt coz dia dpt cgpa tinggi dan aktif in debate. Sorang lagi plak Ainaa Shahirah, classmate aku coz dia dpt cgpa paling tinggi dalam asasi ni. Award khas jugak dpt kat Radhi coz dia jadi wakil students dan kat our co-ordinator yang byk berkorban untuk kitorg. Ada jugak awards untuk beberapa aktiviti luar yang diberikan mlm tu. Actually bkn awards lah, just certificates jer...
Lucky draw malam tu ada 10. Hadiahnya semua hamper yg dgr citernya bernilai RM100 setiap satu yg disponsor oleh sebuah syarikat. Aku tak bertuah malam tu dan takde sorg pon dr meja kitorg yg lucky malam tu. Ada sorg lecturer gak yang dpt, En Adlan yg jugak lecturer aku sem lepas. Hehehe, patut dia sedekah kat kitorg jer malam tu sebab setiap lecturers mmg akan dpt hamper gak malam tu.
VIPs kuar bila persembahan by a band, Jeopardize nak dimulakan. Diorg perform nyanyi lagu2 famous like Segitiga dan dua lagu lagi. Best persembahan diorg cuma dicacatkan dengan sound system yg tak berapa ok...Band ni actually band baru, still undergorund lagi yang baru nak buat album dan sebagainya. Vokalisnya pompuan, yang lain2 tu laki ler. Ala, kan biasa band camtu skrg ni mcm gerhana ska cinta, cokelat n d-va. Aku sendiri tak tau dari mana committe dinner ni dpt band ni. Tapi kira okla, tak rugi ar kitorg bayar diorg ni...
Bila VIPs dah kuar, ni lah time kitorg nak free sket. Dah mula sesi bergambar dgn lecturers dan kwn2. Apa yg aku igt, aku dpt bergambar dgn dean n co-ordinator jugak. Yg aku terkilan sket coz tak dpt bergmbar pon dgn Cik Maheran dan Pn Rafizah yg dtg malam tu... diorg pulang terlebih awal. Sambil bergambar tu bersalam jugak dgn lecturers dan terima ucap selamat dr diorg. Time tu performance mcm tak diendahkan sgt. Keadaan dlm ballroom jadi mcm tak teratur sket bila semua dah berdiri dan tak duduk di tempat masing2. Maybe itulah saat farewell kitorg...
Keadaan terkawal sket bila band kwn kitorg, Chomet yang naik ke pentas. Chomet, nama timangan kepada Izwan Arif jugak perform malam tu. Dia punya band yg mana dia sendiri jadi vokalisnya. Tak tau plak aku yg Chomet ni ada bakat terpendam coz suara dia tu adalah....
Kitorg masih dgn agenda masing2 sehinggalah MC malam tu meminta kerjasana drpd kitorg untuk duduk di tempat masing2. Ada sesuatu yg serius sket, iaitu last slide show mlm tu. Actually slide show yg ada gambar2 kitorg kat asasi ni sedih sgt coz diirigi lagu Jangan Diucap Selamat Tinggal. Tapi oleh kerana most of the boys dah tgk awal lagi, jadi tak sedih sgt. Maybe pompuan ada yg sedih kot. Lepas slide show, maka tamatlah secara rasminya graduation dinner malam tu. Tapi kitorg masih tak berganjak dari ballroom. Masih dgn aktiviti yang sama, iaitu bergambar dgn kwn masing2.
Aku gunakan jugak peluang ni untuk mengumpulkan semua classmates aku kat stage untuk bergambar. Tapi kena ikut turn lah, coz byk jugak group lain. Kitorg semua ada 7 group yg mana setiap class ada 23-24 orang satu group. Class aku ada 23 orang tapi yang naik atas pentas tu tak sampai 23 pon. Ada yang dah balik, ada yang pegi ke mana ntah dan ada jugak yg sengaja tak nak bergambar. Tapi kira oklah coz most of the students ada kat situ.
Ni jugak saatnya untuk berpisah dgn beberapa org especially girls. Saat ni kitorg gunakan untuk mintak maaf dan ucap terima kasih antara satu sama lain. Alhamdulillah, aku baik dgn semua classmates pompuan aku. Banyak kenangan yang kitorg cipta bersama. Walaupun kitorg berlainan jantina, kitorg tetap bleh bersama. Antara semua tu adalah yang rapat jugak. Yang rapat tu lah susah untuk aku berpisah. Aku bagi contoh sorg dua, Yani yg selalu igtkan pasal solat jumaat, Aimi Zahiah yg selalu aku kacau dlm class, Ainaa yg byk bantu pasal study, Anisah yg byk bersama dgn aku, dan Aina Syaima yg byk aku buat silap kat dia. Banyak sebenarnya, bkn sorg dua yg aku rapat kat class.
Kwn2 pompuan daripada class lain pon ramai. Kalau nak disebutkan tak mampu di sini. Yang baik sgt pon ada. Yang just sekadar senyum2 pon ada. Tapi diorg tetap kwn2 aku. Yg mana mereka kenal aku dan aku kenal mereka. Coz kitorg bkn dlm satu kuantiti yg ramai, yg membuatkan kitorg saling kenal-mengenali. Semuanya kenal secara tak sengaja, tapi akhirnya mesra antara satu sama lain. Contohnya Wanie, Syura, Lina, Hafiza, dan Haniza yg Amir kenalkan, Akim yg dia tegur aku, Sarah yg kenal aku masa kitorg main pasir PD, Bahirah yg Aliff kenalkan, Zahida yg Dasyiella kenalkan dan ramai lagi. Tu antaranya coz aku bleh kata kenal semua asasians, mcm jugak asasian yg lain...Tapi most of the classmates pompuan Amir aku kenal coz aku selalu ngan bdk2 class dia.
Kwn2 laki, yg antaranya akan berpisah jugak saat itu. Antaranya Jalil, classmate aku tadi yg awal2 lagi nak balik waktu tu. Sempat bersalam dan memeluk Jalil. Aku seriouly byk buat salah kat dia sebab aku ni bkn jenis yg penyabar. Ramai yg dtg sendiri dan peluk antara satu sama lain. Tapi suasana perpisahan belum terasa sgt dan aku tak berhajat nak menumpahkan sebarang air mata kat situ. Tapi sebenarnya aku tak berjaya 100%.
Kitorg sampai terpaksa diarahkan keluar dari ballroom oleh pengurusan hotel bila ramai yg still berada dlm ballroom. Tapi takpe, bleh sambung kat luar. Aku akan ingat saat bila aku berhadapan dan memeluk Syafiq..
Ok Piz.. Aku mintak maaf kat ko... Sama2 Piz..
Aku tak sedih mulanya. Tapi bila tgk mata dia merah, aku pon jadi sedih sama. Setitik air mata luruh jugak time tu...
Rilek ar fiq... Sedih dowh... Ok... ok
Time tu kitorg berjalan sambil tangan memegang bahu. Rasa berat jugak nak tinggalkan roommate aku sorg ni. Aku akan igt jugak bila Man dtg kat aku dan peluk aku.Dia roommate aku sem lepas yg aku lupa untuk rapat dengannya. Tak lupa jugak time tu Chomet...
Hafiz, ko dtg Shah Alam, call aku anytime... dtg umah aku.. Ok Met...
Roommates aku sem lepas ni semua baik2 belaka. Kitorg dulu satu bilik, aku, Amir, Chomet, Fad, Man, Ery, Syakil dan Farol. Yang berpisah mlm ni semua ambil peluang untuk mintak maaf antara satu sama lain...
Kat luar classmates aku semua dah ramai yg lesap. Ada ramai asasians lagi sebenarnya. Yang aku tau Amir menangis mencurah-curah air mata bila nak berpisah ngan classmates dia. Dia menangis aku jadi nak menangis sama. Ingatkan dia sorg, tapi bila tgk Najib dan Wan Azwan pon sama, aku jadi sebak. Tapi tak menangis lagi... Ramai jugak yg menangis, budak pre-law yg bkn satu program ngan kami mcm Katrina tu pon menangis coz dia takkan jumpa sebahagian besar dr kami lagi. Najib sempat peluk aku, aku tenangkan dia. Amir plak ditenangkan oleh kwn2 dia. Aku pon try tenangkan dia... Yang aku rasa paling teruk mlm tu Wan Azwan, tak abis2 dia kesat air mata...
Semua ni hanya berakhir menjelang jam 0100 04/04/05. Masa untuk bergerak ke destinasi masing2 dah sampai. Aku mencari kwn2 yg dtg bersama tadi, Mukhlis, Anisah dan Deidra untuk merancang perjalanan seterusnya. Kitorg bersetuju untuk bersama kawan2 yg lain meronda Kuala Lumpur.
Di lobi masih ada beberapa budak2 kitorg yg masih belum pulang. Aku ajak Mukhlis, Anisah dan Deidra ke tempat parking untuk amik keter kitorg...
Eh korang, takde tempat yg jauh lagi bleh korang park ke kete ni... Ni kira oklah ni... tadi kan hujan...
Aku dan Mukhlis park kete kat bawah2 jejambat federal highway tu... kete byk yg parking kat situ Maghrib tadi. Sekarang dah kuranglah coz ramai yang dah balik.
Apa yang aku dapat simpulkan malam tu, aku berpuas hatilah dengan dinner ni. Untuk sesuatu yang diorganised sendiri oleh committe yg terdiri drpd kitorg sendiri jugak, ni adalah sesuatu yg baik. Kitorg bergembira dan akhirnya menangis dengan dinner kali ni. Apa-apa pon rasanya duit yg kitorg bayar sebanyak RM110 seorang tu berbaloi agaknya walaupu ada beberapa perkara yg still boleh dicomplaint.
|
|
|